I'm Waiting You
Sί LΣΣ ΔωєϟoMΣ™



Muhammad Nur Aizat Hasnan
20 Years Old
Batang Kali , Selangor
TAKEN By Nabihah Nor Azman :)


My Wife!



Nabihah Nor Azman
19 Years Old
Kelana Jaya , Selangor
TAKEN By Muhammad Nur Aizat Hasnan :)


Story About


♥♥♥

I Love You Until Jannah ♥
ku inginkan Nur Cahaya Illahi
7 Aug 2012 | 12:42 am | 0 BlackWhite
Assalamualaikum warga Islam semua. hope korang semua sihat walafiat alhamdulillah. luahan hati hari ni memang sedih sikit , nak menangis or mengejek whatever la asalkan korang bahagia but ini luahan hati sendiri hope faham dan cuba fahami and lagipon this is my account so i can do what ever i want rite ? sepanjang bulan Ramadhan ni hati selalu resah dari mula ramadhan hingga sekarang , tak tahu lah sebab apa tapi aku tetap tabah dan cuba kuatkan diri. aku ni terlalu lalai dengan duniawi hingga tak sedar diri aku ni harapan keluarga yang mampu membimbing mereka ke Syurga , yang patot menjadi anak yang soleh , yang mampu menjadi hamba Allah yang taat pada perintahnya , yang mana diri sendiri ini bakal memimpin keluarga dan masyarakat didunia akhir zaman dan yang patot mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W.  tetapi aku terlalu lena dalam duniawi makin rasa diri sendiri ni makin penuh gelumang dengan dosa , tak terkira dosa kecil or besar semua aku pernah lalui , Ya Allah ini luahan hatiku sendiri yang mana sepatutnya aku luahkan kepada-Mu dengan DOA tetapi memang aku selalu luahkan disini dan tidak lupa dengan DOA , aku senantiasa berDOA kepada-MU agar menjadikan diriku ini hambaMu yang soleh yang taat segala perintah dan tinggalkan segala larangan. tetapi aku tidak kuat Ya Allah ! aku terus mencuba dan mencuba agar diri ini berubah meskipun semua itu berlaku pada diri aku , Engkau Ya Allah tidak aku persalahkan kerana aku tahu dari dalil dalam Al-Quran ada menyebut "Allah Tidak Akan Mengubah Sesuatu Kaum Sehingga Dia Mengubah Diri Mereka Sendiri" aku tetap pegang dengan ayat itu dan yang paling penting (dalil) "Manusia Dicipta DiMuka Bumi Ini Hanyalah Untuk Sujud Kepada-Nya |Allah|. aku akan terus memohon dan terus memohon kepada-MU agar mendengari doaku dan memakbulkannya. aku teringin sekali menjadi anak yang soleh. aku ingin sekali bertaubat dengan sebenar-benar taubat iaitu Taubat Nasuha tetapi aku tidak kuat malah aku akan terus kecapi tujuan itu kerana sesungguhnya Ya Allah aku ingin MATI dalam Husnul Khatimah Ya Allah bukan dalam Su'ul Khatimah. aku ingin mati dalam membuat amal kebaikan bukan dalam kejahatan. dan sejujurnya aku merindui-Mu Ya Allah tetapi aku susah untuk mendakati-Mu dan aku terlalu ingin sangat mendekati-Mu. jika aku ditakdirkan masuk ke NERAKA sesungguhnya itu adalah kesilapan aku yang dulu yang mana aku tahu tidak boleh diundur masa kembali untuk membaiki silap yang lalu dan aku sangat-sangat perlukan Taubat Nasuha , kepada kawan-kawan aku yang membaca luahan aku ni , aku mintak halal dari segalanya dan DOAkan aku agar menemui jalan yang benar yang mana jalan yang lurus bukan jalan yang Allah murkai dan bukan pula jalan mereka yang Sesat. DOAkan lah aku ini agar menjadi anak yang soleh. akhir kalam harap cerita ini menjadi iktibar buat semua kengkawan sama-sama kita ingati diri sendiri dan mengingatkan orang lain bahawa kita ini hamba Allah dan Umat Akhir Zaman "Masya'Allah" perbanyakkanlah amal ibadat dan amal kebaikan tinggalkan segala yang Munkar , cuba untuk jauhi walau banyak masa untuk kita menghindarinya kerana semakin kita mencuba untuk menjauhi yang Munkar semakin kita bakal mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan akhirul kalam sesungguhnya Yang Baik itu datangnya dari Allah dan Yang Lemah itu datangnya dari diri sendiri. dan Al-Fatihah buat mukminin dan mukminat serta muslimin dan muslimat dan tidak lupa juga Baginda Rasulullah s.a.w yang mana sebelum dipanggil Illahi beliau menyebut "Ummati..Ummati..Ummati (Umatku..Umatku..Umatku..) sama-samalah kita mendekatkan diri kepada Allah dan ucapan Bismillahirrahmanirrahim tutup cerita dengan Assalamualaikum ....


Labels:



Older Post | Newer Post